Hanya lima individu dibenarkan ziarah Sultan Krisis kerabat diraja Kelantan 2010

Pada 6 Mei 2010, hanya lima orang sahaja yang dibenarkan menziarahi Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bagaimanapun nama anakanda Sultan yang ketiga iaitu Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak terdapat dalam senarai tersebut.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah berkata, lima individu yang dibenarkan menziarahi Sultan ialah Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid; anakanda baginda, Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra dan Tengku Amalin A'ishah Petra serta dua ahli keluarga terdekat.

Amir Hamzah berkata, dakwaan yang mengatakan Sultan Kelantan sedang ditahan di dalam wad adalah tidak benar sama sekali sebaliknya kawalan keselamatan yang ketat dikenakan berikutan insiden seorang pengawal Istana ditembak.

Polis katanya sekadar melaksanakan titah perintah Pemangku Raja.

Pada masa sama juga, ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah yang juga merupakan abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan kenapakah keluarga diraja negeri tidak dibenarkan menziarahi baginda.

Bagaimanapun berdasarkan titah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra mereka yang ingin melawat Sultan perlulah mendapatkan kebenaran daripada baginda terlebih dahulu.[9]

Rujukan

WikiPedia: Krisis kerabat diraja Kelantan 2010 http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.malaysiakini.com/news/130972 http://www.malaysiakini.com/news/131046 http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=032... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt...